Posted by: najmunsuraya | October 19, 2009

Last word..

assalamuaalaikum semua…

-> alhamdulillah..syukur pada illahi yang memanjangkan lagi usia kita.

-> dipertemuan yang ringkas ini, saya ingin memohon kemaafan atas segala kesilapan dan kesalahan secara sengaja atau tidak.

-> tidak lupa ucapan terima kasih atas segala pertolongan dan bantuan dari pelbagai pihak.

-> halalkan makan dan minum saya.

-> doakan kebahagiaan dan kesejahteraan saya dalam menempuh cabaran hidup seterusnya.

-> untuk kawan-kawan yang masih menimba ilmu di egypt..semoga cemerlang dalam pelajaran.. 🙂

-> sehingga berjumpa lagi di lain waktu..

—  Siti Suraya Mohd Tasrib bin Jayus – Degree of Islamic Studies ( Arabic Language)

Advertisements
Posted by: najmunsuraya | September 5, 2009

ringkas!

21/8/09- alhmdulillah NAJAH.syukur yg tidak terhingga.

hari-hari seterusnya memikirkan urusan yang perlu diselesaikan.masih bertahan dimesir sehingga waktu konvo.perlu selesai syahadah-kargo kitab-beli barang-lagi meneruskan pelajaran mustawa-b4 balik selama2nya meninggalkan bumi anbiya’ ni.sambut ramdhan dan aidilfitri terakhir diperantaun.3 tahun bertapak dimesir,pastinya satu pengalaman yang sgt2 manis ..:-)

Posted by: najmunsuraya | August 5, 2009

nisfu sya’ban

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a: Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:

1.Solat sunat nisfu sya’aban – terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

wallahua’lam…..

Posted by: najmunsuraya | July 15, 2009

Israk & Mikraj

ISRAK dan Mikraj satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

Umat Islam wajip mempercayai dengan penuh keyakinan peristiwa itu.

Peristiwa bersejarah itu diabadikan dalam al-Quran mengandungi hikmah amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad s.a.w.

Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian panca indera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah.

Dalam Islam, ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya kafir.

“Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya.” (Maksud surah al-Isra’:1)

Tetapi bagaimana bagi mereka yang sangsi atau tidak mempercayainya langsung, malah menganggap ia satu kisah dogeng, seperti golongan yang kufur dengan nikmat Allah?

Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata umat Islam pertama sekali kena percaya Allah itu Maha Berkuasa.

“Jadi, Allah boleh melakukan apa saja yang Dia kehendaki. Perjalanan Nabi melalui peristiwa itu juga bukan atas kehendak nabi tetapi dengan kehendak Allah SWT,” .

Daripada riwayat, menceritakan beberapa liku kejadian dialami Rasulullah s.a.w dan kejadian aneh bermula sebelum melalui perjalanan Israk dan Mikraj lagi.

Baginda mengalami pembedahan dada, hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah), kemudian dijahit kembali dadanya dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah.”

Selesai pembedahan, didatangkan haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan ‘Israk’ dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.

Tiba di tempat tertentu Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat, seperti di Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu) dan Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa a.s. dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga Baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Afrit dan menyaksikan golongan yang sedang bertanam, terus menuaikan hasil tanaman.

Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan memakan daging mentah berbau busuk.

Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) Baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w. dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya.

Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam, yang kemudiannya dipendekkkan kepada lima waktu saja.

Mohd Rani berkata, memang kejadian Israk dan Mikraj itu aneh tetapi semua pihak perlu menerimanya dengan hati terbuka.

Bagi yang mengerti, katanya, kebenaran peristiwa itu tidak perlu dipersoalkan kerana maksud Maha Suci Allah seperti pada ayat 1 surah al-Isra’ menunjukkan kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

“Dia yang menjalankan dengan kehendak-Nya, maksudnya Allah yang menjalankan dengan kehendak Allah.

“Malah, semua makhluk berjalan dengan kehendak Allah. Misalnya, hujan turun dengan kehendak Allah, perjalanan matahari mengikut peredaran yang tertib juga dengan kehendak Allah.

“Perkara ini harus difikirkan secara terbuka, iaitu dengan tujuan mahu mencari kebenaran, bukannya menutup kebenaran. Semua kena yakin Allah Maha Berkuasa. Jika awal-awal lagi tidak mahu percaya memang susahlah,” .

Dalam hal ini beliau mengadakan satu perumpamaan, jika Allah mahu seekor semut berjalan dari Kuala Lumpur ke Jeddah dalam tempoh 10 jam, memanglah kelihatan pelik dan sukar diterima.

“Tetapi dari segi akal sebenarnya boleh diterima, sebab mungkin ia menaiki kapal terbang atau memasuki saku baju penumpang.

“Sebab itu ada ayat dalam al-Quran yang bermaksud Maha Suci Allah iaitu merujuk kepada kekuasaan Allah.

“Supaya Allah perlihatkan tanda-tanda kebesaranNya, benda-benda zaman dulu tidak boleh lihat, tetapi Nabi boleh lihat, termasuk dengan roh Nabi.

“Batu di Masjidil Aqsa juga terangkat kerana hendak mengikut bersama Rasulullah s.a.w ke langit disebabkan sayang dan tidak hendak berpisah dengan Nabi. Itu adalah tanda kebenaran yang sangat jelas.

“Sesiapa saja boleh ke Baitul Maqdis melihat batu terbabit yang masih boleh dilihat dengan jelas hari ini,”.

sumber- KENALI ISLAM

//
//
Posted by: najmunsuraya | July 3, 2009

Bergembiralah wahai penyabar

perjalanan_t1

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (( al-Baqarah : 153 ))

Posted by: najmunsuraya | July 3, 2009

Muhasabah Cinta

groupsyahoocom0716738

Wahai pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini

Berat ujian dari Mu

Ku pasrahkan semua pada Mu Tuhan

Baru ku sadar indah nikmat sehat itu

Tak pandai aku bersyukur

Kini ku harapkan cinta Mu

Kata-kata cinta terucap indah

Mengalir berzikir di kidung doaku

Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku

Terlihat semua yang Kau beri untukku

Ampuni khilaf dan salah selama ini

Ya Illahi……………………….

..MasyaAllah…padaMu ku kembali~

Posted by: najmunsuraya | June 12, 2009

My bro Kawen

nikah 5 jun 2009 : bertempat kg warisan inanam,Sabah.

4685_91757014931_732484931_1737812_6152793_nSanding 7 jun 209

4685_91757094931_732484931_1737826_2411605_nwif my parents

4685_91757149931_732484931_1737836_5608957_n

..Selamat Pengantin baru.Semoga berbahagia hingga akhir hayat….بالرفأ والبنين…:-)

Posted by: najmunsuraya | June 1, 2009

Al-fatihah

Al-fatihah buat DUKTUR MOHD MABRUK ATIAH ( mudaris adab wa naqd ) kuliah dirasat islamiah walarabiah bil-iskandariah diatas pemergian beliau selepas pembedahan buah pinggang pada hari selasa yang lalu.Saya sangat terkejut dan sedih apabila mendapat berita ini di dalam keadaan imtihan masih berjalan,apatah lagi duktur ini yang mengajar kami 4 lughah madah naqad semester pertama dan adab islami semester kedua ini.semoga ALLAH mencucuri rohnya.amin….

Posted by: najmunsuraya | May 29, 2009

my song

What ur feel when someone is dedicated this song just for u?

 

………………………………………No komen =)

but sampai ke hari ini,this song sgt-sgt membuatkan aku abadikan  ia dlm ingatan.kenapa dan mengapa biar aku dan “dia” yg ketahui..

Posted by: najmunsuraya | May 27, 2009

renungan..

Rasullullah SAW bersabda :

“Sedekat-dekat seorang hamba Allah dengan Tuhannya ialah di waktu larut malam yang terakhir.

Jika kamu sanggup termasuk di antara orang-orang yang mengingat Allah (dengan shalat), maka lakukan!”

(HR. Al-Hakim, Turmudzi dan Nasa’i

Older Posts »

Categories