Posted by: najmunsuraya | March 6, 2009

apa aku lakukan sepanjang cuti?

feb 1 – rehlah maqobir wamahabbah sekitar iskandariah.Anjuran delegasi mahasiswi iskandariah.walaupun aku tidak menyertai namun aku turut membantu serba sedikit persiapan agar rehlah ini berjalan lancar.alhamdulillah rehlah selama sehari berjalan lancar seperti yang dikehendaki.

feb 2 – Ma’rod kutub di kaherah.pada asalnya aku hanya sekadar melawat dan melihat2 kitab memndangkan tahun lepas aku tidak hadir.tp akhirnya aku membeli juga sejilid i’rob al-quran karim.

feb 4-6 = hari puteri anjuran WISA(mahasiswi Sabah).ini adalah antara aktiviti yang mesti di adakan setiap tahun.aktiviti ni enjoy je,permainan outdoor dan indoor.aku jd pemain bola jaring.walaupun group aku kalah tapi yang penting semangat kesukanan dan semangat berpasukan tu wujud.secara tidak langsung juga aku mula mengenali ahli2 BKPSM yang baru ni terutama adik2 yang baru saja datang ke bumi mesir.

feb 6-8 = Winter Spot Bkpsm.Sukan lagi…aku turut turun padang mewakili group 4.sepeti biasa jd atlit bola jaring dan pin pong sebab kekurangan ahli so kena join.yang tidak dpt dilupakan – jd juara bergu ping pong dapat jugalah sebiji lampu tidur berwarna kuning =)

Feb 9-12 = Winter Tour Sinai.mybe ada hikmah asyik bersukan saja beberapa hari.sakitnya memang tak terkata.kaki,tangan dan badan suma dah week.penat~ tapi tetap teruskan mengikuti aktiviti yang aku tunggu2 semenjak datang ke bumi mesir ini iaitu mendaki jabal tursina.apa yang dpat dikatakan alhmadulillah akhirnya sampai juga ke puncak jabal tursina yang bertolak pada pukul 1 pg dan sampai ke puncak sekitar pukul 5 pg.huh~ rasanya tidak cukup untuk nyatakan betapa gembira dan rasa seronok aktiviti winter sinai pada kali ini.-sampai juga aku di puncak jabal tanpa pertolongan unta walaupun seperti ramai yang mencabar aku sebelum mendaki..’suraya..jangan naik unta r..’ =) 3,4 hari juga ambil masa untuk rehatkan badan.semuanya sakit!

feb 20-22 = Bazar Wisa.aku dengan rasmi jadi Pengarah Bazar pada kali ini.Apa yang dapat aku simpulkan,walaupun banyak kekurangan dan kelemahan pada hari pertama,kami cuba untuk perbaiki pada hari kedua dan ketiga.alhmdulillah bazar berjalan dengan lancar.walaupun penat mengurus persiapan,aku berpuas hati.seawal pukul 9 pegi ke pasar bersama tukang masak,beli barang2 memasak,layan karenah pelbagai orang, melayan pengunjung dari luar dan macam2 lagi.stress juga tapi alhamdulillah dapat diatasi.lagi sekali memang terasa penat yang teramat!..

feb 24- kembali ke iskandariah.kuliah dah bermula.tapi…

feb 25-27  = Gamble Matruh.rasa belum serik lagi penat yg ada ketika ini.di tambah lagi dgn aktiviti gamble2 ke matruh.bukan apa,oleh kerana kebanyakan yang join adalah otai2 alex,so aku pun sertai.lebih2 lg semuanya di tanggung dari penginapan,makan dan tambang perjalanan,segalanya percuma selama 3 hari 2 malam.antara tempat yang kami pegi Agibah dan hamam cleopatra.kesimpulan,matruh ni adalah tempat bertebaran laut2 yang cantik.Yang pelik,bole dikatakan sunyi bandar matruh ketika ini sebab kami pergi pada musim sejuk! – dapat kedamaian dan ketenangan.alhamdulillh~

Sykur pada illahi yang menciptakan alam seindah2 kejadian…

 


Responses

  1. iskandariah mesir kannns.. teringin nak pi sanerrr.. sonoknyerrr..

    salamms dr me dikejauhannnns


Leave a comment

Categories